Followers

Sunday, 16 August 2015

Petua : Buah Kekal Segar




Assalamualaikum kawan-kawan..anda suka dengan petua? Syida suka tau..kadang-kadang petua ni adalah pengalaman dari orang-orang tua kita dulu-dulu..Okay, jum kita tengok petua tak nak bagi buah cepat lebam selepas kita potong..

Kebanyakkan buah-buahan terutama pisang, mangga, betik, epal, pear dan sebagainya cepat lebam apabila sudah dikupas dan dipotong kecil. Nak tahu bagaimana untuk mengelakkan buah-buahan ini kekal segar?

Caranya mudah sahaja. Pastikan pisau yang akan kita gunakan untuk memotong buah-buahan tersebut sudah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dengan brrbuat demikian, buah-buahan yang akan anda potong akan lebih segar dan melambatkan proses buah-buahan tersebut menjadi lebam.

Selepas ini anda akan dapat menikmati buah-buahan yang lebih segar dan enak..Dan yang penting nampak lagi cantik la kan terutamanya bila kita nak hidangkan buah-buahan tersebut kepada tetamu kita..hehe..

Tapi Syida selalu juga guna Basic H Shaklee untuk mengegarkan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang dah lama kita simpan dalam peti ais. In Shaa Allah buah-buahan dan sayur-sayuran kita akan nampak segar..

Sekian..:)

Siapa-siapa yang nak order atau nak tau pasal Shaklee bolehlah contact Syida ya..:)

Syida 013 921 2767
Pengedar Shaklee yang sah dan KOMITED! 


No comments:

Post a Comment

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...