Followers

Saturday, 17 June 2017

UJIAN AIR KENCING - MENGANDUNG KE TAK NI SEBENARNYA?

UJIAN AIR KENCING - MENGANDUNG KE TAK NI SEBENARNYA?

Assalamualaikum…Salam Ramadhan yang ke 22..kejap je masa dah pun masuk fasa ketiga bulan ramadhan..maksudnya kita dah pun masuk fasa yang terakhir..Fasa di mana orang berebut-rebut nak buru lailatul qadar bagi sesiapa yang sangat faham dan tau betapa besar fadhilatnya.. J

Okay, kembali pada tajuk entry..Haaaa…tengok tajuk macam dah suspend kan? Berteka-teki seribu ratus kali..haha..Mengandung ke tak ni sebenarnya?hihi..


Sebenarnya Syida saje la rase nak cek atau nak buat test air kencing guna UPT (Urine Pregnancy Test)..Tak tau la sebab kenapa rase nak buat ujian air kencing ni..Tiba-tiba je rasa nak buat..Naluri seorang ibu jugak ke macam ni?hehe..

UJIAN AIR KENCING - MENGANDUNG KE TAK NI SEBENARNYA?


Padahal belum pun delay lagi period Syida ni..sebab Syida punya average cycle 35hari..tapi ade je kadang-kadang jadi 28 hari kitaran haid Syida..dan ada jugak jadi sampai 55 hari tau..tak tentu sebenarnya..

Bila Syida cek, keluar la double line..dalam hati, eh….betul ke ni? Boleh percaya ke? Mengandung ke tak ni sebenarnya? Syida buat ujian air kencing ni masa 2 hari lepas..

Pastu untuk dapatkan kepastian, Syida pun pergi lah klinik.. Syida pergi klinik Sofea Puchong sebab itulah klinik yang paling dekat dengan rumah.. lagi satu klinik ni memang buat ultrasound ibu mengandung..Masa mengandungkan anak pertama si Razin pun, Syida selalu ke klinik ni.. J

Doktor cakap, kalau nak scan ni, belum nampak lagi sebab terlalu awal..Jadi doctor sarankan buat ujian air kencing dulu..So Syida buat lah ujian air kencing lagi sekali di klinik..Gagah la Syida angkut Razin skali gi klinik dan masuk tandas sama-sama..haha..maklumlah pergi klinik dengan anak je..hihi

Bila buat ujian air kencing kat klinik, tak de pulak dia nak keluar dua line tu.. satu line je nampak..aduyai! dah confius ni..haha..Doktor cakap dengan Syida, “1 line je ni.. Tak pe la, saya bagi awak tarikh untuk buat checkup lagi sekali kalau period masih tak datang ye..”

Doktor pun tulis kat kertas untuk next appointment iaitu 5 Julai 2017..Syida punya lah tak tau nak kata kan, on da way balik dari klinik, Syida singgah farmasi plak gi beli UPT lagi..Syida beli sampai 3 UPT..

Balik rumah cek lah lagi..2 UPT syida guna dan kedua-duanya naik 2 line..alahai, makin kompius la ibu Razin..Agaknya mengandung lah ni kut..Tapi bila Tanya kat kawan Syida, ada gi dia cakap, orang yang dekat-dekat nak period pun ade hormon ibu mengandung..alamak!

Bila kawan Syida cakap macam tu lagi lah tertanya-tanya Syida ni..Mengandung ke tak ni sebenarnya? Kalau nak kepastian, tunggu je la appointment yang doktor dah setkan tu..dan tunggu je la kut-kut ada datang period kan..hehe..

Sekarang ni Syida rase letih lebih sikit..lepas je berbuka pause dan lepas solat magrib dan-dan Syida tertido..pastu bila menyusukan Razin rasa lain macam..rasa geli dan rasa tak selesa..Razin sekarang dah nak masuk 3 tahun dah sebenarnya..tapi belum berjaya wean off lagi..

Selain tu ade gak la rase mual..tapi sekali je la..bila makan telur puyuh rasa nak muntah..Emosi kurang stabil..ade yang tak kena sikit mula la air mata nak keluar..Perut kadang-kadang rasa gatal..

Haaaa…kalau tengok simptom-simptom ni, Syida pun alami jugak masa dekat-dekat nak period kecuali part perut rasa gatal..So, Syida lagi la tak pasti betul ke tak tengah mengandung..hehe..

Tu yang terkeluar soalan “Mengandung ke tak ni sebenarnya?” J dalam masa yang sama Syida duk makan dengan konsisten vitamin untuk ibu hamil..antaranya, Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix, Energizing Soy Protein (ESP), Peppermint Ginger Plus.

Nanti Syida update lagi ye..doakan Syida jugak tau..tenkiuu sudi baca story mory Syida ni..

Assalamualaikum..selamat berpuasa!

Nurul Syahida (Syida)
013 921 2767
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama
Pengeposan ke seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...