Monday, 30 November 2015

Syukur Adalah Vaksin, Anti-Racun, dan Antiseptik


Assalamualaikum dan selamat pagai semua! Semoga hari ini hari yang indah untuk anda semua! :)

Jangan lupa ucapkan syukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita pada hari ini..

"Syukur adalah vaksin, anti-racun, dan antiseptik"

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda dunia dan akhirat in shaa Allah.. :)

with love,
Syida 013 921 2767

Wednesday, 25 November 2015

Alhamdulillah Terima Kasih Allah #2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! :)

"Allah humma shoyyiban nafi'an"
(Ya Allah turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat)..aamiin

Alhamdulillah hari ni pagi-pagi lagi Allah dah bagi nikmat hujan pada makhluk di bumi-Nya..sejuk dan nyaman je rasakan..Syukur Alhamdulillah..

Hari ni Syida dan keluarga bangun se awal 5 pagi kerana nak ke KLIA2 nak hantar adik nombor 3(acik kepada Aqeef) Syida naik kapal terbang..(kene mention tu adik nombor berapa maklum lah Syida ada 6 orang je adik..haha)

Bila nak sampai je airport hujan turun..Alhamdulillah terima kasih Allah sebab turunkan hujan kepada kami..semoga hujan ini adalah hujan yang bermanfaat untuk kita semua..:)

Aqeef suka sangat la pergi airport sebab Aqeef dapat kawasan yang sangat luas untuk dia jalan-jalan dan explore..hihi..

Semoga acik Aqeef selamat pergi dan pulang..Semoga diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk explore Sarawak bersama ayah cik Aqeef ya! :)

Alhamdulillah terima kasih Allah untuk memori pada hari ini..Semoga ia tersimpan rapi di dalam memori untuk dikenang-kenang si masa hadapan..:)

♥umur Aqeef 1 tahun 3 bulan

With love;
Syida 013 921 2767


Tuesday, 24 November 2015

Alhamdulillah Terima Kasih Allah... :) #1

Assalamualaikum kawan-kawan...selamat pagi semua! 

Jum sama-sama kita ucap Alahamdulillah dan terima kasih Allah untuk mensyukuri nikmat yang Allah bagi pada kita..Sangat banyak sebenarnya dan tak terkira..betul tak? :)

Alhamdulillah Terima Kasih Allah

Antaranya seperti di dalam gambar ni la kan..:) 
  • Alhamdulillah terima kasih Allah kerana masih membekalkan nafas percuma kepadaku hari ini
  • Alhamdulillah terima kasih Allah kerana masih memberi pinjam anakku Muhammad Aqeef Razin sebagai penyeri keluargaku.
  • Alhamdulillah terima kasih Allah kerana memberi nikmat mata yang masih boleh melihat dengan baik.
  • Alhamdulillah terima kasih Allah kerana memberi kesihatan tubuh badanku sebaiknya.
  • Alhamdulillah terima kasih Allah kerana masih dapat melihat wajah suami dan anakku.
Terima kasih Allah.. :)


With Love.

Syida 013 9212767

Thursday, 19 November 2015

Doa Sebelum Mulakan Kerja Atau Perniagaan


Assalamualaikum dan selamat pagi semua... di sini Syida nak share doa sebelum mulakan kerja atau perniagaan..

"Yaa Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya, dan petunjuk-Nya.

Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya."

aamiin..

Semoga doa ini bermanfaat untuk anda semua samada di dunia persinggahan ini mahupun di akhirat yang kekal abadi.. In Shaa Allah :)
.
.
.
with love,

Syida :)

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results