Info Hamil : 5 Langkah Kurangkan Sakit Belakang


Sakit belakang ialah sesuatu yang biasa di alami oleh ibu yang sedang hamil kerana membawa baby di dalam perutnya ke mana sahaja tempat yang dia pergi. Jum baca langkah kurangkan sakit belakang terutama kepada ibu mengandung. :) Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda! :)



5 Langkah Kurangkan Sakit Belakang

1. Pastikan postur badan adalah betuk ketika berdiri dan berjalan. Sentiasa berdiri, duduk dan bersenang diri dengan postur yang tegak.

2. Jika perlu duduk terlalu lama di pejabat, cuba berehat dengan berjalan di sekitar ruang pejabat selang sejam.

3. Penggunaan bantal kecil yang diletakkan pada bahagian bawah belakang, mampu mengurangkan kesakitan belakang yang dialami.

4. Pemakaian seluar dalam yang dikhaskan untuk wanita hamil adalah tepat kerana ia besar pada bahagian perut dan menjamin keselesaan untuk tempoh masa panjang.

5. Senaman ringan seperti berjalan-jalan dan pergerakan anggota badan dapat membantu mengurangkan sakit belakang.


Syida juga berpengalaman merasai sakit belakang ketika hamil. Syida akan cerita pengalaman Syida tentang sakit belakang di next entry. Terima kasih kerana sudi membaca :)


With Love, Syida 013 921 2767
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post